Wednesday, August 31, 2011

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke-54

Pejam celik pejam celik. Punyalah tak perasan koi yang negara kita ni dah 54 tahun menyambut Hari Kemerdekaan Negara. Bila sebut pasal merdeka ni memanglah kena patriotik sikit. Hehehe...manusia mana yang tak sayang negara sendiri kan.

Sebagai generasi pasca merdeka, koi nok ajak rodong-rodong semua, marilah kita bersyukur kerana selama ni kita telah menikmati keamanan dan ketenteraman di negara yang bertuoh ni. Malaysia memang merupakan negara yang bertuoh.  Kala tok, takkanlah pekerja-pekerja asing berlambak yang cari makan kat sini.

Hidup dalam negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama memang mencabar sikit. Pasal setiap warganegara Malaysia mesti menjaga sensitiviti antara kaum-kaum di Malaysia. Tercuit sikit tu biasalah, tapi berpada-padalah. Percakaran antara kaum hanya akan mengakibatkan runtuhnya sebuah negara berdaulat. Oleh itu, sewajarnya kita mengelakkan daripada membicarakan soal-soal pokok yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Seterusnya ialah dari segi semangat patriotik. Makin lama makin hari, koi peratikan anok-anok muda kita ni dah sampai peringkat tak kenal Bapa Kemerdekaan Negara. Isk..isk..isk. Sejarah kemerdekaan negara ni sepatutnya perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia agar kita kenal siapakah tokoh yang pernah berjasa kepada negara.

Akhir sekali, koi ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54. Semoga negara kita akan terus aman dan maju menjelang tahun 2020.







Tuesday, August 30, 2011

Menyambut 1 Syawal di kampong koi

Salam Lebaran dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri...

Gone weih raya ni ? Banyok ke lemang ngan ketupat yang awok dah balun ? Koi ni beraya kat Kerdau jer la. Pasal koi membesor kat Kerdau. Awok pulok beraya kat mane pulok ?

Pagi tadi koi Solat Raya kat surau. Lepas tu koi pegi beraya kat rumoh YB Mael. Lepas YB Mael, koi beraya pulok kat rumoh sedara-mara. Koi merasa makan lemang, rendang, nasi impit, soto dan kuih-muih. Ala, kira samalah macam kat mana-mana rumoh terbuka. Koi makan sampai dah tak larat dah nok makan. Kira tahap mentekedaroh punyalah.

Rodong semua pulok beraya kat mana pulok ?