Sunday, September 4, 2011

Koi balik semula ke Bentong

Pagi tadi koi bertolok dari Kerdau (naik motor jer) untuk kembali ke tempat kerja kat Bentong. Mula-mula koi risau jugek pasal sekarang ni kan ramai orang yang nok balik ke tempat kerja masing-masing. Alhamdulillah, perjalanan amat lancar sekali tanpa ada sebarang masalah di tengah jalan.

Koi sampai Bentong lebih kurang pukul 12 lebih. Banyok jugek kuih yang mok koi bekalkan sekali. Mok cakap, kala tak nok makan takpe. Nanti boleh kongsi ngan rodong sepejabat. Bila koi sampai kat rumoh, keadaan rumoh koi masih sama seperti keadaan sebelum ni.

Petang tadi, koi masok nasik. Mujur ada sikit beras. Koi masok sardin kari dan telor dador. Lapor punya pasal. Kedai-kedai makan ramai pulok masa ni. Malaeh koi nok bersesok-sesok semata-mata nok makan. Kenyang jugeklah koi walaupon sekadar sardin.


Tadi kat Buletin Utama kisoh sedih menyayat hati pasal ada warga Malaysia yang terbunuh ditembak di Somalia. Al-Fatihah untuk Allahyarham. Okla, nanti apa-apa koi update yerk.

Saturday, September 3, 2011

Menghadiri majlis pertunangan anok sedara

Sekarang ni memang musim panas agoknya kat Temerloh ni. Memang panas melengit rasanya. Ari ni koi pergi ke rumoh anok sedara koi yang sulong sebab adik dia yang no-3 akan melangsungkan majlis pertunangan pada ari ni. Semua persiapan dah dibuat pada malam semalam. So, cuma tunggu 'bakal menantu' dan rombongannya aje.

Ada lebih kurang 10 buoh keta datang mengiringi 'bakal menantu'. Rombongan ni tiba pada lebih kurang pukul 3.15 pm. Ramailah jugek sedara-mara beloh sane. Koi tak kenal sorang pon. Yerlah, pasal pertama kali bersua muka. Alkisohnya, adat merisik dan bertunang pon selesailah. Alhamdulillah.


Jamuan yang ada pon orait gak. Pulut ngan sambal ikan bilis, bubor kacang hijau dan agor-agor meroh. Air pulok air Ribena. Bolehlah kalo setakat nok penohkan perot. Lepas aje berjamu, koi balik rumoh dan terus lepak-lepak jer kat rumoh pasal penat sangat. Okla, setakat ni dulu yerk. Nanti kalo free koi sambung lagi ye.

Friday, September 2, 2011

Membantu persiapan majlis bertunang anok sedara

Pagi tadi, mok koi cakap nok buat kueh koci pasal anok sedara koi nok bertunang esok hari. Koi ikutlah jerlah mok koi pegi beli bahan-bahan nok buat kueh tu ngan akok koi sekali ke Mentakab. Akok koi yang drive. Koi ikut jer pasal koi jer yang tau selok-belok jalan kat beloh Mentakab ni. Mok koi nok pegi BSN sebab nok kuar duit. Rupa-rupanya BSN dah berpindoh kat tepi jalan utama. Kala ikutkan sebelum ni kat sebeloh klinik Jaya. Melilau gak la pusing-pusing bandor Mentakab semata-mata nok mencari BSN tu.


Lepas jalan-jalan kat Mentakab. Mok koi nok beli ikan kembung kat kedai Simpang Batu Tiga. Adalah beberapa ekor ikan yang dibeli kat situ. Petang pulok, tolong sedara koi pasang khemoh untuk tempat orang  berjamu. Kat rumoh dia koi makan nasik lauk ayam masak halia ngan sayor kobis goreng. Lepas menolong memasang khemoh, koi makan mihun goreng pulok. Kira kenyanglah koi sepanjang hari ni.....hehehe...Nanti apa-apahal  koi update yerk.

Thursday, September 1, 2011

Koi letih amat ari ni

Pagi tadi koi pegi ke rumoh Arwoh Abang Chik kat Taman Saga, Mentakab. Anok dia nok pegi berarok bertunang kat Bukit Damar. Koi sempatlah melantok nasik minyok kat situ. Lepas tu koi balik semula pegi bando Temerloh nok bayor bil broadband kat Maxis Centre. Kat situ koi beli sekali kad hot ticket RM15.00.

Lepas jer pegi bando, koi balik rumoh kat Kerdau. Sampai rumoh terus lepak dan tido sekaligus. Yerlah, pasal letih giler naik motor pulok tu. Gone weih, pasal belom cukup lagi peruntukan nok beli keta. Bangon tido, koi bertenet kejap tengok apa-apa isu semasa.

Okla, malam karang koi kena pegi rumoh anok sedara ada persiapan kenduri kat sane. Selamat tinggal weih.