Wednesday, August 31, 2011

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke-54

Pejam celik pejam celik. Punyalah tak perasan koi yang negara kita ni dah 54 tahun menyambut Hari Kemerdekaan Negara. Bila sebut pasal merdeka ni memanglah kena patriotik sikit. Hehehe...manusia mana yang tak sayang negara sendiri kan.

Sebagai generasi pasca merdeka, koi nok ajak rodong-rodong semua, marilah kita bersyukur kerana selama ni kita telah menikmati keamanan dan ketenteraman di negara yang bertuoh ni. Malaysia memang merupakan negara yang bertuoh.  Kala tok, takkanlah pekerja-pekerja asing berlambak yang cari makan kat sini.

Hidup dalam negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama memang mencabar sikit. Pasal setiap warganegara Malaysia mesti menjaga sensitiviti antara kaum-kaum di Malaysia. Tercuit sikit tu biasalah, tapi berpada-padalah. Percakaran antara kaum hanya akan mengakibatkan runtuhnya sebuah negara berdaulat. Oleh itu, sewajarnya kita mengelakkan daripada membicarakan soal-soal pokok yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Seterusnya ialah dari segi semangat patriotik. Makin lama makin hari, koi peratikan anok-anok muda kita ni dah sampai peringkat tak kenal Bapa Kemerdekaan Negara. Isk..isk..isk. Sejarah kemerdekaan negara ni sepatutnya perlu difahami oleh setiap rakyat Malaysia agar kita kenal siapakah tokoh yang pernah berjasa kepada negara.

Akhir sekali, koi ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54. Semoga negara kita akan terus aman dan maju menjelang tahun 2020.







No comments: