Saturday, September 3, 2011

Menghadiri majlis pertunangan anok sedara

Sekarang ni memang musim panas agoknya kat Temerloh ni. Memang panas melengit rasanya. Ari ni koi pergi ke rumoh anok sedara koi yang sulong sebab adik dia yang no-3 akan melangsungkan majlis pertunangan pada ari ni. Semua persiapan dah dibuat pada malam semalam. So, cuma tunggu 'bakal menantu' dan rombongannya aje.

Ada lebih kurang 10 buoh keta datang mengiringi 'bakal menantu'. Rombongan ni tiba pada lebih kurang pukul 3.15 pm. Ramailah jugek sedara-mara beloh sane. Koi tak kenal sorang pon. Yerlah, pasal pertama kali bersua muka. Alkisohnya, adat merisik dan bertunang pon selesailah. Alhamdulillah.


Jamuan yang ada pon orait gak. Pulut ngan sambal ikan bilis, bubor kacang hijau dan agor-agor meroh. Air pulok air Ribena. Bolehlah kalo setakat nok penohkan perot. Lepas aje berjamu, koi balik rumoh dan terus lepak-lepak jer kat rumoh pasal penat sangat. Okla, setakat ni dulu yerk. Nanti kalo free koi sambung lagi ye.

No comments: